mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2019 KEUSAHAWANAN 1 – NORAZIEMAH BINTI SOPIAL

48976879 2049784501753848 2769444119901110272 n

Nama         : Noraziemah  Bt  Sopail

Alamat       : F1 / 26 Taman Desa Permai, 21600 Marang Terengganu

No.Telefon : 013-9633592

 

Latar Belakang

Puan Ema merupakan surirumah sepenuh masa yang bergiat aktif sebagai usahawan. Walaupun rutin seharian beliau sibuk menguruskan rumah tangga namun beliau masih mampu bergiat dalam bidang keusahawanan. Beliau membuat pudding dan dijual kepada pembeli. Adakalanya pudding yang dibuat oleh  beliau ditempah dahulu dan beliau membuat mengikut temapahan yang dibuat. Disamping itu beliau juga menjual produk kosmetik secara online dan beliau menjadi dropship.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengenali PI, pendapatan beliau sebagai usahawan kosmetik tidak begitu membanggakan. Pendapatan beliau dianggarkan sekitar RM 100.00 tanpa bimbingan agensi mahupun kelas-kelas yang berkiatan dengan ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas  bimbingan petugas Pusat Internet Taman Desa Permai, peratus jualan beliau telah meningkat. Di Pusat Internet, beliau telah diajar cara-cara untuk memasarkan produk beliau di laman sosial seperti facebook, Instagram dan  whatsapp. Setiap kali mempunyai kelapangan beliau akan mengunjungi Pusat Internet untk mendapatkan tunjuk ajar. Kini beliau telah pun mahir menggunakan laman sosial untuk memasarkan produk beliau. Pendapatan beliau juga telah meningkat dan pelanggan beliau juga semakin ramai. Semangat beliau untuk menjadi usahwan online berjaya sentiasa ada di dalam diri beliau. Malah perniagaan beliau kini semakin berkembang dan permintaan juga turut meningkat setiap hari. Pendapatan beliau juga meningkat sehingga mencecah Rm 300 sebulan. Beliau amat berbangga dengan pencapaian yang dikecapi kini.