mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2019 CELIK IT – NURUL SYAKIRAH ARDINI BINTI RADUAN

20191207 104733

Nama: Nurul Syakirah Ardini Binti Raduan

Alamat: F1/94 Taman Perumahan Desa Permmai, 21600 Marang Terengganu

 

Latar Belakang

Setelah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet (PI), beliau sering mengunjungi Pusat Internet untuk mengikuti kelas yang dianjurkan oleh petugas PI secara percuma. Apabila mempunyai kelapangan, beliau akan berkunjung ke PI untuk mendapat tunjuk ajar oleh petugas PI berkaitan penggunaan internet dan asas Microsoft office. Beliau tidak malu untuk bertanya mengenai sepanjang mengikuti kelas di PI. Beliau sering kali mengikuti kelas yang diadakan dan tidak pernah jemu untuk menghadiri kelas.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum menghadiri kelas di Pusat Internet Taman Desa Permai, beliau tidak cekap menggunakan komputer. Beliau juga tidak tahu menggunakan Microsoft office seperti Microsoft word dan Microsoft excel. Enjin carian google juga beliau tidak begitu fasih untuk menggunakan.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Taman Desa Permai, beliau kini tahu cara menggunakan komputer terutamanya penggunaan Microsoft office seperti word dan excel. Kini beliau dapat membuat tugasan yang diberikan oleh guru menggunakan Microsoft office. Beliau juga cekap menggunkan papan kekunci dan tools yang berkaitan untuk menyiapkan tugasan. Malah,  Beliau juga mahir menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat yang diingini.Selain untuk mendapatkan maklumat, beliau juga tahu menggunakan internet untuk bermain kuiz pendidikan online dan menonton video berkaitan pembelajaran.