Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dengan sukacitanya Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) ingin menarik perhatian kepada semua mengenai perkara di atas.
Untuk makluman anda, projek Malaysia ICT Volunteer (MIV) & Klik Dengan Bijak (KDB) telah terpilih sebagai projek yang dicalonkan di bawah kategori 17, (AL10: “Ethical Dimensions of the Information Society”) untuk WSIS Prizes 2020 bagi merebut anugerah dalam Hadiah Projek Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Masyarakat Bermaklumat 2020.
Pihak berkepentingan dan komuniti adalah dijemput untuk mengundi kesemua pencalonan yang dipertandingkan dengan melengkapkan pengundian bagi semua 18 kategori.
Proses ini adalah untuk mengenal pasti lima (5) projek yang menerima undian tertinggi bagi setiap kategori untuk layak ke pusingan seterusnya.
Oleh yang demikian, kami memohon kerjasama Tuan/Puan untuk bersama-sama mengundi MIV & KDB sebagai tanda mengekspresikan sokongan anda terhadap inisiatif MCMC ini.
Tuan/Puan boleh merujuk carta aliran dan garis panduan bagi tatacara dan proses untuk mengundi projek WSIS Prizes 2020 ini.
Sila klik pautan di bawah untuk mula mengundi:
https://www.itu.int/net4/wsis/stocktaking/prizes/2020/
Tarikh akhir untuk melengkapkan undian adalah 24 Januari 2020.
Tuan/Puan juga adalah digalakkan untuk menghebahkan undian WSIS Prizes 2020 ini kepada kenalan yang lain.
Perhatian dan kerjasama tuan/puan amatlah diharapkan.
Terima kasih di atas undian dan sokongan anda kepada MIV dan KDB.
