Nama : Mohd Shafieq Aidiey Bin Kamallunizam
Alamat : F1/34 Taman Perumahan Desa Permai 21600 Marang Terengganu.
Latar Belakang
Mohd Shafieq Aidiey merupakan pelajar tingkatan 1 SMK Seberang Marang dan menjadi ahli PI Taman Desa Permai sejak tahun 2014 lagi. Beliau berumur 13 tahun dan merupakan penduduk setempat. Beliau seringkali berkunjung ke PI untuk menyertai kelas yang dianjurkan oleh petugas PI dan juga melayari internet untuk menonton video dan cerita yang digemarinya.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Sebelum menghadiri kelas di Pusat Internet Taman Desa Permai, beliau tidak cekap menggunakan komputer. Beliau juga tidak tahu menggunakan Microsoft office seperti Microsoft power point, Microsoft word dan juga Microsoft excel.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Petugas Pusat Internet Taman Desa Permai, beliau kini tahu cara menggunakan komputer dengan cekap. Beliau pandai menggunakan Microsoft word untuk menaip artikel serta mengubah format tulisan seperti yang dikehendaki. Beliau juga tahu menggunakan Microsoft power point untuk memasukkan jadual dan gambar. Beliau juga selalu menggunakan komputer untuk melayari internet menggunakan enjin carian google untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Belliau bijak menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran.Beliau amat meminati permainan puzzle online dan aplusmath. Beliau juga merupakan seorang yang sangat rajin dan salalu mengikuti kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internat. Beliau tidak malu untuk mengikuti kelas yang dianjurkan walaupun pada mulanya kekok menggunakan komputer. Setelah banyak kali menyertai kelas, kini beliau telah pandai menggunakan komputer terutamanya Microsoft word, Microsoft excel, dan Microsoft power point.
