mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2020 CELIK IT – MUHD ARIF SYAZWAN BIN ZULKIFLI

20191123 152958

Nama   : Muhd Arif Syazwan Bin Zulkifli

Alamat : F1/16 Taman Perumahan Desa Permai 21600 Marang Terengganu.

 

Latar Belakang

Muhd Arif Syazwan Bin Zulkifli merupakan pelajar Tingkatan 1 SMK Seberang Marang dan menjadi ahli PI Taman Desa Permai sejak tahun 2014. Beliau berumur 13 tahun dan merupakan penduduk setempat. Beliau kerap berkunjung ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan internet yang disediakan. Beliau seringkali menyertai kelas yang dianjurkan oleh petugas PI sejak dari sekolah rendah lagi. Pada mulanya beliau tidak begitu cekap menggunakan komputer namun setelah menyertai kelas pembelajaran secara percuma kini beliau mahir menggunakan komputer.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum menghadiri kelas di Pusat Internet Taman Desa Permai, beliau tidak cekap menggunakan komputer. Beliau mengambil masa yang lama untuk menaip satu artikel.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Setelah menghadiri kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Petugas Pusat Internet Taman Desa Permai, beliau kini tahu cara menggunakan komputer dengan cekap. Beliau tahu teknik untuk menaip dengan pantas. Beliau juga dapat menyiapkan tugasan dengan cepat mengikut format yang dikehendaki. Beliau tidak jemu untuk menyertai kelas yang dianjurkan sejak dari sekolah rendah lagi. Walaupun kini telah telah berumur 13 tahun beliau tetap menyertai kelas yang diadakan. Beliau seorang yang rajin dan suka bertanya akan sesuatu perkara.