Nama : Nur Hidayah Binti Roslan
Alamat : F1/71 Taman Perumahan Desa Permai,21600 Marang Terengganu
No.Telefon : 014-3747202
Latar Belakang
Nur Hidayah merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau beumur 30 tahun dan telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012. Beliau seorang yang sangat aktif. Beliau mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan secara online dan offline. Beliau menjual produk kosmetik keluaran Tun Teja dan juga kek 2 alam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengenali PI, produk jualan beliau tidak mendapat sambutan. Beliau membuka gerai di pasar malam dan menjual produknya kepada kenalan terdekat sahaja. Beliau tidak mahir menggunakan media sosial untuk mempromosikan produk jualan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menyertai kelas bimbingan petugas Pusat Internet Taman Desa Permai, pengetahuan beliau dalam dunia IT semakain mendalam. Beliau kini telah pun mahir menggunakan facebook, melayari internet serta menggunakan Instagram untuk mengiklankan produk yang dihasilkan. Beliau juga selalu mengiklan produknya melalui status di whatsapp dan mendapat sambutan yang menggalakkan.
