Daerah Marang terkenal dengan makanan dari hasil lautnya. Makanan yang sinonim di terengganu ialah keropok lekor. Para pelancong yang datang melancong ke sini tidak lengkap jika tidak menjamah keropok lekor. Di daerah Marang ini gerai-gerai jualan keropok lekor ini terdapat di sepanjang pesisiran pantai. Deretan kedai-kedai ini banyak terdapat di kampung Rhu Muda dan juga Kampung Kelulut. Di Kampung Kelulut terdapat kedai keropok yang dikenali Keropok 008. Keropok 008 ini sangat sedap dan pemiliknya merupakan penduduk tempatan.
Selain itu, di kawasan ini juga terkenal dengan makanan terengganu yang dikenali dengan nama Sata. Sata ini dibakar dan enak dimakan semasa masih panas. Bagi pelancong-pelancong yang ingin ke Terengganu tidak sah jika tidak merasa Sata. Sata ini dibuat dengan isi ikan dan dicampurkan sedikit cili padi dan ini menjadikan rasanya lebih enak.
Jika menyebut nama Terengganu, pastinya terbayang-bayang nasi dagangnya yang enak. Jika kesini, para pelancong boleh menikmati nasi dagang sebagai makan pagi. Nasi dagang biasanya dihidangkan dengan gulai ikan tongkol ataupun lebih dikenali dengan nama “ikan aye” oleh penduduk di sini.
Keropok keping

Keropok keping yang telah siap digoreng.
nissan kerek (gula melaka)

keropok lekor

Satar

Akok
