Nama : Athallah Kazemi Bin Azmi
Alamat : Lot 2755 Jalan Menara Celcom Kg Bukit Gasing
No.Telefon : 019-9978336
Latar belakang
Athallah berusia 21 tahun merupakan seorang pelajar universiti yang telah berdaftar sebagai ahli di PEDi Taman Desa Permai sejak dari tahun 2015. Beliau sering berkunjung ke PEDi untuk menyiapkan tugasan/kerja sekolah beliau semasa beliau berada di bangku sekolah lagi. Beliau sering berkunjung ke PEDi untuk menyertai kelas tusyen yang dianjurkan oleh petugas PEDi. Beliau merupakan seorang yang sangat rajin dan tidak malu untuk bertanya akan sesuatu perkara.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menghadiri kelas di PEDi Taman Desa Permai, beliau tidak begitu cekap menggunakan internet mahupun komputer. Beliau juga tidak cekap menaip dan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sesuatu tugasan terutama sekali apabila tugasan tersebut memerlukan sumber-sumber dari internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menghadiri kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Petugas PEDi Taman Desa Permai, beliau kini tahu cara menggunakan komputer dengan cekap, lebih-lebih lagi menggunakan applikasi Mirosoft Office. Beliau mahir menggunakan papan kekunci dan fungsi-fungsi yang ada dalam menu Microsoft word. Beliau selalu melayari internet untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki atau berkaitan. Beliau juga menjadi lebih mahir dalam mengisi borang secara online.
