mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2023 CELIK IT – AIDIL SHAKIR BIN MOHAMMAD NUR SABRI

Nama         : Aidil Shakir bin Mohammad Nur Sabri

Alamat       : Taman Desa Permai

No.Telefon : –

Latar belakang

Adik Shakir berusia 10 tahun merupakan seorang pelajar di Sk Bukit Gasing yang telah berdaftar sebagai ahli di PEDi Taman Desa Permai pada tahun 2023. Beliau sering berkunjung ke PEDi untuk menyiapkan tugasan/kerja sekolah beliau. Beliau sering berkunjung ke PEDi untuk menyertai kelas tusyen serta kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh petugas PEDi.  Beliau merupakan seorang yang sangat rajin dan tidak malu untuk bertanya akan sesuatu perkara.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Sebelum menghadiri kelas di PEDi Taman Desa Permai, beliau tidak begitu cekap menggunakan internet mahupun komputer. Beliau juga tidak cekap menaip dan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sesuatu tugasan terutama sekali apabila tugasan tersebut memerlukan sumber-sumber dari internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Setelah menghadiri kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Petugas PEDi Taman Desa Permai, beliau kini tahu cara menggunakan komputer dengan cekap, lebih-lebih lagi menggunakan applikasi Mirosoft Office. Beliau mahir menggunakan papan kekunci dan fungsi-fungsi yang ada dalam menu Microsoft word.