Nama: Nor Farah Shahirah Bt Mohd Samsor
Alamat: Kg.Darat Pak Chan
Latar Belakang
Farah merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gasing dan berumur 13 tahun.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum menghadiri kelas di Pusat Internet 1Malaysia Taman Desa Permai beliau tidak mengetahui apa-apa berkaitan dengan komputer. Beliau langsung tidah tahu cara-cara untuk menggunakan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Desa Permai, beliau kini telah dapat menggunakan komputer untuk membuat kerja sekolah. Beliau sudah pandai menggunakan enjin carian google untuk mencari maklumat yang dikehendaki oleh guru beliau. Beliau juga pandai menggunakan Microsoft Word untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru beliau.
