mcmc
Aktiviti Semasa

HARI GURU 2026

SELAMAT HARI GURU 2026: GURU BITARA, NADI NEGARA 👩‍🏫👨‍🏫
Pucuk paku rimbun di paya,
Buat ulam hidangan pagi;
Guru bitara pencetus jaya,
Nadi negara berbakti suci.
Hari ini, komuniti NADI Kampung Desa Permai ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik, khususnya guru-guru di sekitar kampung kita dan seluruh Malaysia! 🇲🇾✨
Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran, dan ilmu yang dicurahkan tanpa jemu demi membentuk generasi masa depan yang gemilang. Anda adalah nadi penggerak kemajuan bangsa.
Sama-sama kita hargai jasa guru kita! Kongsikan ucapan terima kasih anda kepada guru tersayang di ruangan komen di bawah. 👇❤️