Assalamualaikum & salam sejahtera warga Taman Desa Permai.
Sejak beberapa hari ini, Marang kembali dilanda musim hujan/tengkujuh, dan beberapa kawasan sudah mula menunjukkan tanda-tanda kenaikan paras air. Walaupun keadaan masih terkawal, langkah berjaga-jaga sangat penting buat kita semua.
Jika anda ternampak situasi seperti air melimpah, pokok tumbang atau risiko lain di sekitar kawasan kita, jangan segan untuk laporkan segera supaya tindakan dapat diambil lebih cepat.
