Kemudahan asas yang terdapat di Taman Desa Permai dapat memudahkan masyarakat disini dalam menjalani kehidupan seharian. Terdapat pelbagai kemudahan asas yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk penduduk disini. Antara kemudahan asas yang ada ialah jaringan jalan raya yang dapat menghubungkan penduduk di taman ini dengan penduduk di kawasan lain. Selain itu terdapat juga kemudahan asas seperti bekalan air paip dan kemudahan bekalan elektrik. Terdapat juga dewan serbaguna,surau, taman permainan dan lain-lain lagi yang menjadi kegunaan penduduk di kawasan ini.
Dewan Serbaguna
Surau

Court Futsal

Dewan Sivik

Taman Permainan

