Latihan keusahawanan telah dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia Taman Desa Permai untuk warga emas. Latihan ini disertai oleh 2orang warga emas yang berumur 68 tahun dan 70 tahun. Latihan ini telah diadakan pada 7 Julai 2015 dan dijalankan selama 1 jam 30 minit iaitu bermula jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi. Semasa latihan ini dijalankan, peserta telah di ajar menggunakan microsoft office word oleh petugas Pusat Internet 1Malaysia. Petugas telah mengajar peserta untuk membuat surat rasmi. Dengan adanya latihan ini, peserta dapat mengetahui cara menggunakan microsoft office word seperti mengenali tools yang ada di microsoft word contohnya tools “insert” yang boleh digunakan untuk memuat naik gambar.