KISAH KEJAYAAN PUAN NORIAH
Nama: Puan Noriah binti Omar
Umur: 58 Tahun
Jantina: Perempuan
Taraf Pendidikan: Diploma
No. Telefon: 019-2684679
Melalui aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet seperti program Pemeriksaan Kesihatan yang dijalankan dengan kerjasama KOSPEN dan Hari Terbuka Pusat Internet Taman Desa Permai merupakan titik permulaan perkenalan Puan Noriah Binti Omar dengan Pusat Internet ini. Beliau yang tinggal di kawasan taman ini merupakan pesara dari salah satu jabatan. Apabila telah terbiasa menyertai program yang dijalankan di Pusat Internet Taman Desa Permai telah menjadikan Pusat Internet Taman Desa Permai ini sebagai tempat untuk mengembangkan perniagaan beliau.
Beliau juga sering ke Pusat Internet Taman Desa Permai untuk menggunakan servis yang terdapat disini. Antara servis yang sering beliau gunakan ialah menggunakan internet untuk mengakses email dan facebook memandangkan beliau merupakan usahawan secara kecil-kecilan. Beliau juga sering meminta pendapat dan tunjuk ajar petugas untuk mereka “design” logo bagi mempromosikan produk jualan beliau.
Setelah bersara dari dunia pekerjaan, beliau menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan untuk mengisi masa lapang. Antara perniagaan yang dijalankan beliau ialah menjual produk Tupperware dan jual menjual tepung kek dan pes pecal yang telah siap dibancuh. Pelbagai jenis produk Tupperware yang dijual oleh beliau, boleh dikatakan beliau merupakan seorang jurujual produk Tupperware yang aktif di kawasan taman ini. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan. Selain itu, beliau juga menjual tepung kek yang telah siap dibancuh seperti tepung kek coklat dan tepung kek red velvet. Produk yang dijual oleh beliau dijual dengan harga yang berpatutan dan mampu milik. Produk yang dijual oleh beliau bukan sahaja mendapat permintaan di kawasan taman ini, tetapi juga di merata-rata kawasan.
Beliau juga telah meletakkan barang jualan beliau untuk dijual disini. Jika ada yang berminat untuk membeli barang jualan beliau pembeli boleh terus membeli di Pusat Internet Taman Desa Permai ataupun boleh terus menghubungi beliau untuk mendapatkan barangan yang lain.
Dengan adanya Pusat InternetTaman Desa Permai ini telah dapat menjana pendapatan penduduk di kawasan ini. Penduduk disini boleh memasarkan produk mereka disini. Pusat InternetTaman Desa Permai sekaligus menjadi agen promosi produk penduduk-penduduk di sini. Ini sekaligus menjadikan Pusat Internet Taman Desa Permai sebagai tempat tumpuan penduduk di kawasan ini dan kawasan-kawasan di sekitarnya.
Puan Noriah bersama produk yang dijual beliau.

Puan Noriah semasa menyertai program yang dianjurkan Pusat InternetTaman desa Permai.

Antara produk yang dijual beliau iaitu sambal pecal dan tepung kek coklat.
