Taman Desa Permai yang terletak di dalam daerah Marang yang terkenal dengan hasil lautnya. Mercu tanda daerah Marang itu sendiri dihiasi dengan replika sotong dan udang . Mercu tanda ini terletak di persimpangan empat bandar Marang. Bagi pelancong-pelancong dari dalam negara dan luar negara bolehlah mencuba masakan bakar di Medan Selera Kelulut yang terkenal dengan makanan lautnya yang segar. Disini para pelancong bolehlah mencuba menu seperti ikan bakar berempah, sotong celup tepung, ikan celup tepung, udang celup tepung dan tidak ketinggalan juga masakan panas.
Pulau Kapas, Marang.
Pulau Kapas, Marang.
Replika sotong dan udang. Mercu tanda bandar Marang.
Pasar Marang.
Jeti Marang.
Dataran Marang.
Sumber: Facebook Iylia Nordin
Facebook Ombak Kapas
Daripada petugas.