mcmc
Aktiviti Semasa

PENCAPAIAN PASUKAN TINY TECHIES DI GLOBAL ROBOTICS COMPETITIONS 2025 (GRC 2025)

📍 Bangkok, Thailand | 🗓 30 Oktober – 2 November 2025
Tiny Techies dengan penuh rasa bangga mengumumkan kejayaan cemerlang para pelajar kami dalam Global Robotics Competitions 2025 (GRC 2025) yang telah berlangsung di Bangkok, Thailand. Pertandingan berprestij ini telah menyaksikan daya inovasi, semangat kerja berpasukan serta ketekunan pelajar-pelajar kita di pentas antarabangsa.
Keputusan Pencapaian:
🥇 EMAS
• Sumo Robot 1,000g RC (Junior)
• Sumo Robot 1,500g RC (Junior)
• Sumo Robot 1,000g Auto
• Creative Project (Senior)
🥈 PERAK
• Sumo Robot 1,000g RC (Junior)
🥉 GANGSA
• Sumo Robot 1,500g RC (Junior)
• Creative Project (Junior)
🏅 TEMPAT KE-4
• Sumo Robot 500g RC (Junior)
• Sumo Robot 500g Auto (Open)
Peserta & NADI yang Terlibat:
NADI FELDA LINGGIU (Senior)
– Muhammad Afiq Mohd Nazre
– Mohamad Ariff Danial Mohammad Rizal
– Petugas NADI: Nur Fadzlin binti Maarus
NADI FELDA GUNUNG BESOUT 1 (Junior)
– Nur Damia Khalisya Mohd Rizalman
– Deeniya Irdhina Muhammad Sobri
– Petugas NADI: Suhaila binti Suliman
Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas semangat juang, komitmen dan dedikasi yang tinggi sepanjang pertandingan ini. Tidak dilupakan penghargaan kepada petugas NADI, para jurulatih, tenaga pengajar, dan ibu bapa atas bimbingan serta sokongan yang berterusan. Kejayaan ini membuktikan bahawa semangat ingin belajar, inovasi dan kerja berpasukan mampu membawa generasi muda kita ke peringkat antarabangsa. Tiny Techies akan terus komited dalam melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif, berdaya saing dan berilmu dalam bidang robotik serta pendidikan STEM.
Pihak Tiny Techies merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua peserta, petugas NADI, jurulatih serta pihak pengurusan sekolah atas usaha gigih dan sokongan padu dalam menjayakan penyertaan ke GRC 2025.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk terus meneroka dunia sains, teknologi dan robotik pada masa hadapan.