Penduduk di kawasan Taman Desa Permai ini ada mengeluarkan produk mereka sendiri. Antara produk tempatan yang dikeluarkan ialah seperti keropok ikan. Proses pembuatan keropok ini dijalankan oleh suri rumah di rumah mereka secara kecil-kecilan bagi menambah pendapatan keluarga. Produk ini dipasarkan di kawasan sekitar. Keropok ini merupakan satu makanan yang digemari ramai dan sudah menjadi kewajiban di setiap rumah mempunyai keropok untuk dijadikan hidangan untuk keluarga.
Selain itu, bersebelahan dengan taman ini terdapat sebuah kampung yang dikenali dengan nama Kampung Batangan, kampung ini mempunyai produk mereka sendiri iaitu gula melaka ataupun lebih dikenali dengan “nissan kerek” oleh penduduk tempatan. Gula melaka dikampung ini dibuat secara kecil-kecilan oleh penduduk dan juga dipasarkan secara kecil-kecilan. Penduduk disini lebih mengemari menggunakan gula melaka yang dibuat oleh penduduk Kampung Batangan ini kerana rasanya yang lebih sedap.
Keropok Keping.

Keropok yang telah siap digoreng.
Nisan Kerek @ Gula Melaka.
Nisan Kerek @ Gula Melaka digunakan didalam masakan seperti gulai daging
dan membuat kuih pukat buruk @ roti jala.
Sumber: dari Google.
