mcmc
Kesihatan

PROGRAM PEMERIKSAAN SARINGAN KESIHATAN DAN PENDAFTARAN WARGA EMAS

Program Pemeriksaan Saringan Kesihatan Dan Pendaftaran Warga Emas

Tarikh: 17 oktober 2015

Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang

 

Program pemeriksaan ini dijalankan oleh JKKK Taman Desa Permai dengan kerjasama Pusat Internet Taman Desa Permai, Pejabat Kesihatan Daerah Marang dan KOSPEN Daerah Marang. Seramai 124 orang yang hadir ke program kali ini. Pada hari ini orang ramai yang datang telah menjalani pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan  darah tinggi, pemeriksaan kencing manis dan juga pemeriksaan indeks jisim tubuh (BMI). Orang ramai juga diberi taklimat tentang penjagaan kesihatan oleh pegawai kesihatan daerah Marang yang hadir. 

 

Orang ramai sedang menunggu giliran untuk menjalanai pemeriksaan tekanan darah tinggi.

 

Pegawai kesihatan daerah Marang sedang memberi taklimat tentang penjagaan kesihatan.