mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2024 CELIK IT – MOHAMAD SHAHRUL IKMAL SAFRI

Nama         : Mohamad Shahrul Ikmal Safri

Alamat       : F1/105 Taman Desa Permai, Seberang Marang, 21600 Marang, Terengganu

No.Telefon : –

Latar belakang

Ikmal berusia 13 tahun merupakan seorang pelajar SMK Tengku Lela Segara yang telah berdaftar sebagai ahli di PEDi Taman Desa Permai sejak dari tahun 2018. Beliau sering berkunjung ke PEDi untuk menggunakan kemudahan computer dan internet di PEDi. Beliau juga sering berkunjung ke PEDi untuk menyertai kelas dan kuiz E-Learning.  Beliau merupakan seorang yang sangat rajin dan tidak malu untuk bertanya akan sesuatu perkara.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menghadiri kelas di PEDi Taman Desa Permai, beliau tidak begitu cekap menggunakan internet mahupun komputer. Beliau juga tidak tahu untuk menggunakan computer, beliau juga tidak mahir untuk melayari internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menghadiri kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Petugas PEDi Taman Desa Permai, beliau kini tahu cara menggunakan komputer. Beliau mahir menggunakan papan kekunci dan fungsi-fungsi yang ada dalam menu Microsoft word. Beliau selalu melayari internet untuk menonton Youtube kegemaran beliau.