mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2019 CELIK IT – WAN NURSHAFIRAH BINTI MOHAMAD SHAHABUDIAN ALIAS

P 20190413 102808

Nama: Wan Nurshafirah Binti Shahabudin Alias

Alamat: F1/81 Taman Perumahan Desa Permmai, 21600 Marang Terengganu

 

Latar Belakang

Wan Nurshafirah merupakan pelajar tingkatan 4 PDK (Pemulihan Dalam Komuniti) Merchang dan merupakan penduduk setempat. Beliau telah menjadi ahli PI pada 3 Disember 2014 dan seringkali berkunjung ke PI untuk menyertai kelas yang dianjurkan oleh petugas PI. Walaupun beliau mempunyai masalah dalam pembelajaran, namun beliau seringkali menyertai kelas yang dianjurkan. Banyak perkara yang dapat dipelajarinya. Kini beliau mahir dalam penggunaan komputer dan Microsoft office.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum menghadiri kelas di Pusat Internet Taman Desa Permai, beliau tidak cekap menggunakan komputer. Beliau juga tidak tahu istilah yang digunakan untuk membuat tugasan di dalam Microsoft.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Desa Permai, beliau kini tahu cara menggunakan komputer dapat menggunakan komputer dengan cekap. Walaupun beliau mempunyai masalah dalam pembelajaran, namun beliau mempunyai keinginan yang tinggi untuk belajar. Kini beliau mahir dalam menggunakan Microsoft office. Hasil daripada menyertai kelas yang dianjurkan, beliau pandai membuat tugasan menggunakan Microsoft Word seperti menukar format dan bentuk tulisan, memasukkan clip art serta mennggunakan insert shape. Beliau juga merupakan seorang yang kreatif dan berani. Beliau dapat membuat tugasan DIY berdasarkan panduan di dalam youtube.