mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2019 KEUSAHAWANAN 1 – ZULAIKA BINTI RAMLI

IMG 20190512 112224

Nama         : Zulaika Binti Ramli

Alamat       : Kuarters Polis Marang, Polis Diraja Malaysia 21600 Marang Terengganu,

No.Telefon  : 013-9060007

 

Latar Belakang

Puan Zulaika mula melibatkan diri dalam perniagaan makanan frozen bermula April 2016. Beliau membekalkan karipap frozen berintikan ikan, ayam, daging dan sardin. Beliau turut menerima tempahan untuk sebarang majlis yang diadakan. Produk yang beliau dihasilkan terkenal di laman sosial seperti, facebook, Instagram, whatsapp dan telegram. Produk yang dihasilkan beliau mendapat sambutan yang menggalakkan kerana rasa yang sedap dan harga yang berpatutan. Beliau juga mempunyai beberapa orang ejen yang membantu meemasarkan produk beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengenali PI, pendapatan beliau tidak begitu membanggakan. Pendapatan beliau dianggarkan sekitar RM 350.00 tanpa bimbingan agensi mahupun kelas-kelas yang berkiatan dengan ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas  bimbingan petugas Pusat Internet Taman Desa Permai, beliau kini telah pun mahir menggunakan laman sosial untuk memasarkan pruduk beliau seperti facebook, Instagram, whatsapp dan telegram. Beliau seringkali mengikuti kelas anjuran Pusat Internet setiap kali mempunyai kelapangan. Beliau merupakan seorang yang rajin dan bersungguh-sungguh untuk mempelajari ilmu berkaitan penggunaan internet untuk memasarkan produknya. Perniagaan beliau kini semakin berkembang dan permintaan juga turut meningkat setiap hari. Perniagaan beliau kini menjadi sebutan di media sosial terutamanya bagi penduduk sekitar Marang dan Kuala Terengganu. Perniagaan beliau yang diberi nama Liena’s Frozen menjadi kebanggaan penduduk terutamanya kaum bumiputera. Pendapatan beliau juga meningkat sehingga mencecah Rm 1500 sebulan. Beliau amat berbangga dengan pencapaian yang dikecapi kini.