mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2020 CELIK IT – NUR ADRIANA MAYSARA

20190614 111513

Nama   : Nur Adriana Maysara

Alamat : F1/136 Taman Perumahan Desa Permai 21600 Marang Terengganu.

 

Latar Belakang

Nur Adriana Maysara merupakan pelajar Tahun 4  SK Bukit Gasing dan menjadi ahli PI Taman Desa Permai sejak tahun 2019. Beliau berumur 10 tahun dan merupakan penduduk setempat. Beliau kerap berkunjung ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan internet yang disediakan. Beliau juga selalu menyertai kelas yang dianjurkan oleh petugas PI. Beliau tidak jemu bertanya sekiranya tidak memahami akan sesuatu perkara. Beliau juga mudah memahami apa yang diajar oleh petugas PI.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum menghadiri kelas di Pusat Internet Taman Desa Permai, beliau tidak cekap menggunakan komputer. Beliau juga tidak tahu menggunakan papan kekunci dan tetikus dengan betul.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Setelah menghadiri kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Petugas Pusat Internet Taman Desa Permai, beliau kini tahu cara menggunakan komputer dengan cekap. Beliau tahu menggunakan tetikus dan papan kekunci dengan betul. Selain itu, beliau juga pandai menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word dan Microsoft Ecxel. Beliau juga dapat menaip artikel serta mengubah format tulisan seperti yang dikehendaki. Kini beliau dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan cepat. Beliau juga selalu menggunakan komputer untuk melayari internet seperti menggunakan enjin carian google untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Beliau amat meminati permainan puzzle online menonton cerita di youtube. Beliau juga merupakan seorang yang positif dan sangat rajin. Setiap kali petugas mengadakan kelas beliau akan menyertainya. Beliau tidak malu untuk mengikuti kelas yang dianjurkan walaupun pada mulanya kekok menggunakan komputer. Setelah banyak kali menyertai kelas, kini beliau telah pandai menggunakan komputer terutamanya Microsoft word dan Microsoft excel