Nama : Nurkasma Diana Binti Muda
Alamat : F1/52 RAKR Desa Permai, 21600 Marang Terengganu
No.Telefon : 019-6088373
Latar Belakang
Nurkasma merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau mengambil inisiatif untuk bergiat aktif dalam bidang perniagaan makanan. Oleh kerana minat yang mendalam dalam dunia perniagaan, beliau kini berjaya menjadi seorang usahawan dalam bidang makanan. Pelbagai jenis makanan yang beliau hasilkan seperti bubur lambuk, laksa pineng, samosa, madu kelulut, nasi minyak, nasi lemak, nasi dagang dan nasi kunyit. Beliau juga menerima tempahan daripada pelanggan serta membuat jualan secara COD.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengenali PI, produk jualan beliau tidak mendapat sambutan. Pendapatan beliau hanyalah RM 100.00 tanpa bimbingan agensi mahupun kelas-kelas yang berkiatan dengan ICT. Oleh kerana tidak tahu mengiklan produk di media sosial, produk beliau tidak dikenali ramai. Pelanggan beliau hanya terdiri daripada jiran tetangga dan kenalan terdekat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menyertai kelas bimbingan petugas Pusat Internet Taman Desa Permai, pengetahuan beliau dalam dunia IT semakain mendalam. Beliau kini telah pun mahir menggunakan facebook, melayari internet serta menggunakan Instagram untuk mengiklankan produk yang dihasilkan. Perniagaan beliau semakin dikenali oleh semua agensi dan juga pelanggan di sekitar Marang. Perniagaan beliau mendapat sambutan yang menggalakkan. Permintaan daripada pelaggan meingkat setiap hari. Pendapatan beliau turut meningkat malah pelanggan juga semakin bertambah. Hasil pendapatan beliau sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan belajar beliau.
