Nama : Nurlyana Faridza Binti Yusri
Alamat : Jalan Sekolah Kebangsaan Seberang Marang, 21600 Marang Terengganu
No.Telefon : 016-6486233
Latar Belakang
Cik Lyana merupakan seorang usahawan kosmetik dan supplement separuh masa. Walaupun bertugas sebagai guru di Taska Permata Keluarga, namun Cik Lyana bijak mengambil peluang untuk menceburi diri dalam bidang perniagaan. Oleh kerana minat yang mendalam untuk menjadi usahawan, beliau tidak jemu untuk mempromosikan produk jualan beliau. Setiap hari beliau akan mencari masa untuk mengiklankan produknya. Beliau banyak mempromosikan produknya di dalam facebook, Instagram dan juga melalui status- status di whats app. Sejak menjadi ahli Pusat Internet Taman Desa Permai pada tahun 2016, beliau kerap mengunjungi Pusat Internet untuk mempromosikan produk beliau menggunakan perkhidmatan internet yang disediakan. Hasil pendapatan sampingan yang diperolehnya dapat manampung perbelanjaan beliau dan keluarga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengenali PI, pendapatan beliau sebagai usahawan kosmetik tidak begitu membanggakan. Pendapatan beliau sekitar RM 100.00 tanpa bimbingan agensi mahupun kelas-kelas yang berkiatan dengan ICT. Promosi di media sisoal juga sangat terhad akibat kekangan penggunaan internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas bimbingan petugas Pusat Internet Taman Desa Permai, kini jualan beliau telah meningkat. Di Pusat Internet, beliau telah diajar cara-cara untuk memasarkan produk beliau di laman sosial seperti facebook, Instagram, whatsapp dan telegram. Setiap kali mempunyai kelapangan beliau akan mengunjungi Pusat Internet untk mendapatkan tunjuk ajar. Beliau tidak malu untuk bertanya mengenai sesuatu perkara. Dengan memfokuskan produk jualan kosmetik dan supplement, kini beliau mampu menjadi agen sah untuk produk jualannya. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 sebulan Malah perniagaan beliau kini semakin berkembang dan permintaan juga turut meningkat setiap hari. Perniagaan beliau kini terkenal di media sosial terutamanya bagi penduduk sekitar Marang.
