mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2019 KEUSAHAWANAN 2 – SITI MARIAM BINTI IBRAHIM

ssb5

Nama         : Siti Mariam Binti Ibrahim

Alamat       : PT 21682 Perumahan Gong Cempedak, 21600 Marang Terengganu

No.Telefon : 010-4261760

 

Latar Belakang

Puan Mariam merupakan seorang penjawat awam yang berkhidmat sebagai jururawat masyarakat. Namun minat beliau dalam dunia perniagaan telah mendorong beliau untuk menjadi usahawan produk kosmetik berasaskan herba. Beliau merupakan usahawan yang bergiat aktif dalam media sosial untuk mempromosikan produk yang dijualnya. Antara produk yang dijual oleh beliau termasuklah sabun meq comel cinonet dan super scrub beauty keluaran Ain Alieya Beauty. Minat dan kesungguhan yang mendalam tidak menghalang beliau untuk menjadi seorang usahawan online yang berjaya walaupun bergelar seorang yang berkerjaya. Beliau banyak mempromosikan produknya di dalam facebook, Instagram  dan juga melalui status- status di whats app.Sejak menjadi ahli Pusat Internet Taman Desa Permai pada tahun 2015, beliau kerap mengunjungi Pusat Internet untuk mempromosikan produk beliau menggunakan perkhidmatan internet yang disediakan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengenali PI, pendapatan beliau sebagai usahawan kosmetik tidak begitu membanggakan. Pendapatan beliau dianggarkan sekitar RM 200.00 tanpa bimbingan agensi mahupun kelas-kelas yang berkiatan dengan ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas  bimbingan petugas Pusat Internet Taman Desa Permai, peratus jualan beliau telah meningkat. Di Pusat Internet, beliau telah diajar cara-cara untuk memasarkan produk beliau di laman sosial seperti facebook, Instagram, whatsapp dan telegram. Setiap kali mempunyai kelapangan beliau akan mengunjungi Pusat Internet untk mendapatkan tunjuk ajar. Kini beliau telah pun mahir menggunakan laman sosial untuk memasarkan produk beliau. Pendapatan beliau juga telah meningkat dan pelanggan beliau juga semakin ramai. Semangat beliau untuk menjadi usahwan online berjaya sentiasa ada di dalam diri beliau. Malah perniagaan beliau kini semakin berkembang dan permintaan juga turut meningkat setiap hari. Perniagaan beliau kini terkenal di media sosial terutamanya bagi penduduk sekitar Marang. Pendapatan beliau juga meningkat sehingga mencecah Rm 800 sebulan. Beliau amat berbangga dengan pencapaian yang dikecapi kini.