mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2024 CELIK IT – NURUL SAADAH BINTI YUSOF

Nama         : Nurul Saadah binti Yusof

Alamat       : F1/161 Taman Desa Permai, Seberang Marang, 21600 Marang, Terengganu

No.Telefon : 011-19826757

Latar belakang

Puan Saadah berusia 30 tahun dan merupakan seorang suri rumah di samping membuat kerja sambilan seperti menjual/mengambil tempahan aiskrim. Beliau telah berdaftar di NADI Taman Desa Permai sejak dari tahun 2023. Beliau sering berkunjung ke NADI untuk menggunakan kemudahan computer dan internet. Beliau juga sering berkunjung ke NADI untuk sesi temu duga secara atas talian untuk permohonan pekerjaan yang beliau mohon.  Puan Saadah merupakan seorang yang sangat rajin dan tidak malu untuk bertanya akan sesuatu perkara.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menghadiri kelas di NADI Taman Desa Permai, beliau tidak begitu cekap menggunakan internet mahupun komputer. Beliau juga tidak tahu untuk menggunakan computer, beliau juga tidak mahir untuk melayari internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah menghadiri kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Petugas NADI Taman Desa Permai, beliau kini tahu cara menggunakan komputer. Beliau mahir dalam menggunakan sumber internet untuk memohon pekerjaan mahupun menghadiri temu duga secara atas talian.