Nama : Nurniwati Binti Abdul Latif
Alamat : F1 / 34 Taman Perumahan Desa Permai, 21600 Marang Terengganu
No.Telefon : 012-9660069
Latar Belakang
Lebih dikenali dengan panggilan Kak Wawa, beliau telah menjalankan perniagaan menjual goreng pisang, keropok lekor dan kuih muih sudah lama. Makanan yang dijual oleh beliau adalah hasil dari air tangan beliau sendiri. Hasil jualan beliau mendapat sambutan dari penduduk di kawasan sekitar.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengenali PI, pendapatan beliau sebagai usahawan yang menjual produk makanan tidak begitu membanggakan. Pendapatan beliau dianggarkan sekitar RM 200.00 tanpa bimbingan agensi mahupun kelas-kelas yang berkiatan dengan ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas bimbingan petugas Pusat Internet Taman Desa Permai, peratus jualan beliau telah meningkat. Di Pusat Internet, beliau telah diajar cara-cara untuk memasarkan produk beliau di laman sosial seperti facebook dan whatsapp. Setiap kali mempunyai kelapangan beliau akan mengunjungi Pusat Internet untk mendapatkan tunjuk ajar. Kini beliau telah pun mahir menggunakan laman sosial untuk memasarkan produk beliau. Pendapatan beliau juga telah meningkat dan pelanggan beliau juga semakin ramai. Malah perniagaan beliau kini semakin berkembang dan permintaan juga turut meningkat setiap hari. Pendapatan beliau juga meningkat sehingga mencecah Rm 400 sebulan. Beliau amat berbangga dengan pencapaian yang dikecapi kini.
