Nama : Nur Alyaa Nabilah Binti Abd Rani
Alamat : F1 / 126 Taman Perumahan Desa Permai, 21600 Marang Terengganu
No.Telefon : 011-11778367
Latar Belakang
Lebih dikenali dengan panggilan Nana oleh penduduk kawasan sekitar, beliau telah menjalankan perniagaan menjual makanan seperti laksa penang, cheese Tarik, kuih pau, oden serta meatball yang dimasak sendiri oleh beliau. Beliau membuka gerai berdekatan dengan taman perumahan yang beliau duduki. Beliau mengiklankan produk jualan beliau di facebook. Beliau juga menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk kawasan yang berdekatan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengenali PI, pendapatan beliau sebagai usahawan yang menjual produk makanan tidak begitu membanggakan. Pendapatan beliau dianggarkan sekitar RM 200.00 tanpa bimbingan agensi mahupun kelas-kelas yang berkiatan dengan ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas bimbingan petugas Pusat Internet Taman Desa Permai, peratus jualan beliau telah meningkat. Di Pusat Internet, beliau telah diajar cara-cara untuk memasarkan produk beliau di laman sosial seperti facebook dan whatsapp. Setiap kali mempunyai kelapangan beliau akan mengunjungi Pusat Internet untk mendapatkan tunjuk ajar. Kini beliau telah pun mahir menggunakan laman sosial untuk memasarkan produk beliau. Pendapatan beliau juga telah meningkat dan pelanggan beliau juga semakin ramai. Malah perniagaan beliau kini semakin berkembang dan permintaan juga turut meningkat setiap hari. Pendapatan beliau juga meningkat sehingga mencecah Rm 400 sebulan. Beliau amat berbangga dengan pencapaian yang dikecapi kini.
