Nama : Azam Bin Mohamad
Alamat : F1/80 Taman Perumahan Desa Permai 21600 Marang Terengganu.
No.Telefon : 010-3122605
Latar Belakang
En Azam Bin Mohamad merupakan seorang pesara kerajaan yang berumur 58 tahun. Beliau amat berminat untuk belajar komputer setelah bersara kerana mempunyai banyak masa terluang. Setiap hari beliau akan berkunjung ke Pusat Internet untuk mempelajari asas komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menghadiri kelas komputer anjuran petugas Pusat Internet Taman Desa Permai, beliau tidak cekap menggunakan komputer. Malah beliau tidak tahu fungsi yang ada pada setiap menu dan juga papan kekunci.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menghadiri kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Petugas Pusat Internet Taman Desa Permai, beliau kini tahu cara menggunakan komputer dengan cekap. Beliau tahu cara-cara menggunakan micrososft office word dan excel. Beliau mahir menggunakan papan kekunci dan fungsi-fungsi yang ada dalam menu Microsoft word. Beliau juga selalu mendapatkan maklumat dan isu-isu semasa di internet. Beliau juga berjaya membuka akaun gmail dan menggunakan emel untuk tujuan rasmi. Beliau tidak malu untuk bertanyakan sesuatu perkara mengenai ICT dan sentiasa bersemangat untuk mendalamai ilmu berkaitan ICT. Pengetahuan yang diperolehi kini memudahkan beliau menyiapkan kerja dalam urusan jual beli tanah.
