Nama : Zainab binti Mohammad Radzi
Alamat : PT 5316 B Kampung Darat Pak Chan,21600 Marang Terengganu
No.Telefon : 018-3778144
Latar Belakang
Puan Zainab telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. Beliau bekerja sebagai warden di asrama sekola. Walaupun sudah bekerja, beliau tetap menjalankan perniagaan kerana minat yang mendalam dalam dunia perniagaan. Beliau seorang dropship pelbagai jenis produk kosmetik dan kesihatan. Antaranya produk aina, daura coffee, barangan al hadad dan juga produk Cleo Secret.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengenali PI, beliau hanya menjual menjual 1 jenis produk sahaja. Beliau menjual produknya di sekolah tempat beliau bekerja. Fokus utamanya hanya tertumpu kepada pelajar sekolah sahaja. Beliau menjadikan perniagaan sebagai hobi dan bagi memenuhi keperluan pelajarnya sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengenali PI, beliau mulai meminati bidang perniagaan. Ekoran daripada menyertai kelas keusahawanan dan ICT yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet, beliau semakin bersemangat untuk mempromosikan produk di media sosial. Beliau diajar cara-cara untuk membuat promosi menggunakan instagram, facebook, shopee dan juga dashboard komuniti. Kini produk beliau semakin bertambah dan pendapatannya daripada hasil jualan juga meningkat. Sasaran beliau tidak hanya kepada pelajar sekolah malah seluruh rakan-rakan yang mengenalinya di facebook dan juga Instagram.
