mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2020 KEUSAHAWANAN 2 – NUR HASIMAH BINTI MAMAT

promosi di fb

Nama         : Nur Hasimah Binti Mamat

Alamat       : 447 Kg Seberang Marang, 21600 Marang Terengganu

No.Telefon : 013-9191653

 

Latar Belakang

Puan Hasimah merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau mengambil peluang yang ada untuk menceburi diri dalam dunia perniagaan. Beliau menjual pelbagai jenis makanan seperti kek, roti, kerabu maggi, popia Vietnam, bunga durian serta sate. Beliau juga menerima tempahan untuk majlis-majlis keraian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengenali PI, beliau hanya menjual menjual secara offline sahaja. Permintaan juga hanyalah dalam kalangan keluarga dan kenalan terdekat sahaja. Pendapatan juga tidak begitu memberangsangkan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengenali PI, beliau kini mahir menggunakan medium sosial seperti facebook dan whats app untuk mempromosikan perniagaan beliau. Beliau mendapat banyak tempahan apabila memuat naik status di whats app dan facebook. Kini pendapatan beliau juga turut meningkat dan hasil jualan juga semakin bertambah.