Nama : Aidil Farhan bin Saiful Nizam
Alamat : Taman Desa Permai
No.Telefon : –
Latar belakang
Adik Farhan berusia 11 tahun merupakan seorang pelajar di Sk Bukit Gasing yang telah berdaftar sebagai ahli di NADI Taman Desa Permai pada tahun 2023. Beliau sering berkunjung ke NADI untuk menyiapkan tugasan/kerja sekolah beliau. Beliau sering berkunjung ke NADI untuk menyertai kelas tusyen serta kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh petugas NADI. Beliau merupakan seorang yang sangat rajin dan tidak malu untuk bertanya akan sesuatu perkara.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum menghadiri kelas di NADI Taman Desa Permai, beliau tidak begitu cekap menggunakan internet mahupun komputer. Beliau juga tidak cekap menaip dan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sesuatu tugasan terutama sekali apabila tugasan tersebut memerlukan sumber-sumber dari internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah menghadiri kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Petugas NADI Taman Desa Permai, beliau kini tahu cara menggunakan komputer dengan cekap, lebih-lebih lagi menggunakan applikasi Mirosoft Office. Beliau mahir menggunakan papan kekunci dan fungsi-fungsi yang ada dalam menu Microsoft word.
