Pusat Internet Taman Desa Permai telah mengadakan kelas asas internet pada 6 Julai 2015. Kelas ini diadakan selama 7jam iaitu bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Kelas ini merupakan anjuran bersama Pusat Internet Taman Desa Permai dengan Persatuan Wanita Dun Rhu Rendang. Kelas ini disertai oleh peserta seramai 23 orang. Semasa kelas ini dijalankan, peserta telah diajar cara-cara untuk menggunakan internet khususnya google untuk mencari maklumat yang dingini. Selain itu juga peserta juga diajar cara-cara untuk mengisi maklumat murid secara online memandangkan peserta kelas kali ini merupakan dari kalangan guru. Dengan adanya kelas seperti ini, dapat menambahkan maklumat untuk peserta dan juga menjadikan peserta seorang yang celik IT.
Para peserta tekun mengikuti latihan yang diberikan.

Peserta wanita yang menyertai kelas.
